Wednesday, October 24, 2007

Kelebihan Wanita (",)

Sebenarnya rumah adalah pusat kegiatan para wanita. Rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul.

Berbeza dengan kaum lelaki, gelanggang perjuangan mereka di luar. Segala pahala mereka ada di luar rumah. Tetapi sebaliknya bagi kaum wanita, mereka dengan mudah sahaja memperolehi pahala di rumah dan di sekitar perkarangan rumah mereka sendiri.

Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:
" Wanita yang tinggal di rumah bersama-sama (mendidik dan mengurus) anaknya, maka ia di akhirat akan tinggal bersama-sama dengan aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga."

Seorang wanita mempunyai nilai yang amat tinggi yang Allah letakkan di sisinya dengan diberinya ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada suatu perkara yang mudah dilaksanakan sesuai dengan sifat sebagai seorang wanita. Peruntukan ganjaran pahala seperti mana yang tidak ada untuk kaum lelaki. Tersebut di dalam sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."
(H.R. Hassan bin Sofwan, At Tabrani,Ibnu Asakir)

No comments:

DIWANI 09