Friday, November 30, 2007

Pelaburan Wanita Kini (",)



AKAUN SIMPANAN PEWANI-i

PELABURAN WANITA KINI

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Bank Islam menawarkan Akaun Simpanan Pewani-I yang merupakan akaun simpanan unik berdasarkan kontrak Mudharabah (perkongsian untung). Akaun ini dicipta khusus untuk kaum wanita bagi membantu dan menggalakkan amalan menabung demi kesejahteraan masa depan mereka. Pelanggan berpeluang memperolehi mata ganjaran RealRewards berdasarkan jumlah simpanan mereka.

Syarat & Kelayakan

# Deposit permulaan hanya RM 100.00

# Terbuka kepada wanita berumur 18 tahun ke atas

# Had pengeluaran hanya sekali sebulan

Jenis akaun :

# Akaun individu

# Akaun bersama*

# Individu bermaustautin di Malaysia

# Untuk akaun bersama, pendeposit lelaki boleh membuka akaun sekiranya pemegang utama akaun tersebut ialah seorang wanita

Ciri-ciri

Deposit Permulaan

# RM 100

Baki Minima

# RM 25

Usia Kelayakan

# Terbuka lepada wanita berumur 18 tahun ke atas

Jenis-jenis Akaun

# Akaun Individu

# Untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas

# Akaun Bersama

# Untuk anda berkongsi sebuah akaun bersama seorang lagi individu

Kontrak

# Mudharabah

Kelebihan Akaun Simpanan Pewani

Nisbah keuntungan yang tinggi kepada pelanggan

# 60:40 (Pendeposit:Bank) sekiranya purata baki harian bulanan RM 5,000.00 atau lebih

# 50:50 (Pendeposit:Bank) sekiranya purata baki harian bulanan kurang daripada RM5,000

Perlindungan Takaful

# Pendeposit layak menerima perlindungan Takaful Hawa (Pakej B) sehingga RM 25,000.00**, wad hospital, ujian kanser tahunan dan banyak lagi, tertakluk kepada baki harian bulanan ialah RM 50,000.00

# Pendeposit juga layak menerima manfaat khairat kematian, dan keilatan kekal.

Lain-lain

# Keuntungan akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit setiap bulan

# Pengecualian cukai pegangan kepada yang layak

# Zakat simpanan dibayar oleh bank

Program RealRewards

# Program khusus disesuaikan untuk wanita seperti anda. Kombinasi dua produk unik yang memberikan pelbagai pengalaman ganjaran.

# Untuk setiap RM1,000 baki bulanan yang kekal dalam akaun anda akan memperolehi 10 mata RR.


Thursday, November 1, 2007

Isu Nasional : Syor Wanita Ketua Hakim

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap wanita diberi peluang memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada masa depan.

Shahrizat berkata, wanita kini mempunyai pengalaman, pengetahuan dan komitmen untuk menjadi hakim dan ahli akademik setanding lelaki.

"Saya percaya perkara itu boleh berlaku, mungkin bukan sekarang tapi satu hari nanti tidak mustahil kita melihat seorang wanita dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

"Ketika ini, 45.7 peratus peguam di negara ini adalah wanita, tapi masih tidak ramai yang dilantik sebagai hakim.

"Hanya tiga wanita berbanding 19 lelaki menjadi hakim Mahkamah Rayuan, manakala di Mahkamah Persekutuan tiada langsung hakim wanita.

"Pada peringkat Mahkamah Tinggi pula hanya 13 daripada 48 hakim adalah wanita serta lima pesuruhjaya kehakiman wanita daripada 16," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Persamaan Gender-Pencapaian Masa Kini dan Cabaran Akan Datang', pada hari kedua Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 anjuran Majlis Peguam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ulasan Sharizat ketika diminta mengulas kemungkinan seorang hakim wanita menggantikan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersara, esok, berkata perkara itu akan diputuskan pihak yang berkenaan.

(Sumber : Berita Harian, 2 November 2007)

DIWANI 09