Thursday, October 14, 2010

AMARAN!!!...Penyakit Paling Bahaya makin menular!!!


Kalam indah sebagai pembuka bicara kali ini, saya mulakan dengan kesyukaran yang tidak terhingga kerana mengizinkan jari jemari ini untuk terus mencatat kata-kata di ruangan entry blog HELWA PERMADAH kali ini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sesungguhnya betapa Allah mengasihi kita sebagai hamba-Nya yang sering khilaf dalam mengambil keputusan dipersimpangan jalan seperti mana Allah telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran:


"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."

(asy-Syams : 8-10)


Tidak dinafikan sebagai seorang manusia, kita sering khilaf dan salah sama ada kita melakukannya secara sedar atau tidak sedar, kerana manusia itu diciptakan lemah. Namun, adakah itu akan menjadi jawapan kepada kesalahan(dosa) yang kita lakukan selama berada di atas dunia ini, yang jua dikatakan sebagai persinggahan sementara kita sebelum menuju alam akhirat kelak.


Wanita


Saya yakin, insyaAllah para pembaca pernah mendengar hadith Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa di akhir zaman nanti, kita sebagai wanita ini merupakan fitnah! Astaghfirullah...moga kita tidak tergolong di dalam lingkup wanita yang membawa fitnah di akhir zaman. Bila akhir zaman itu? Bukankah sekarang ini dikatakan akhir zaman? Berbagai tanda telah dapat kita lihat dan perhati dari semasa ke semasa.


Couple


Penyakit ini semakin merebak dan dikhuatiri akan membawa kepada bilangan maut yang tinggi dan barangkali lebih tinggi dari penyakit-penyakit berdaftar di bahagian berdaftar penyakit sedunia! Sewaktu H1N1 datang melanda Malaysia dan seluruh dunia, kita teramat takut, siap dikuarintin lagi sewaktu berlangsungnya MHS(Minggu Haluan Siswa) bagi mahasiswa/i pengambilan sesi 09/11. Tapi, penyakit yang sudah sedia teruk dan akan ke peringkat parah, tiada yang peduli. Lebih hairan bin pelik bin ajaib, ini antara penyakit yang sangat suka untuk dijangkiti. Mungkin ubatnya lazat dan enak seperti hidangan termahal dunia, barangkali.


Wanita=Couple


Mengapa hanya wanita yang dikaitkan? Ini tidak adil! Jika tidak ingin dipersalahkan mengapa kita jua yang membiarkan diri dijangkiti penyakit tersebut. Sahabat yang disayangi, penulisan saya ini bukan untuk menunding jari atau menuduh sesiapa yang mula-mula menyebarkan virus couple tersebut, sebaliknya saya hanya ingin mengajak sahabat sekalian untuk kembali sedar. Sedar bahawa kita sedang dijangkiti penyakit paling bahaya! Penawarnya ada tetapi tiada siapa mahu sembuh darinya, bahkan rela merelakan diri hanyut dibawa arus dunia couple! Penawarnya bukan dengan terus di dalam arena couple tetapi di dalam kalam Allah, Al-Quran. Berbaliklah pada ajarannya dan kandungannya.


"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa telihat..."

(an-Nur : 30-31)



Jodoh


"perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)..."

(an-Nur : 26)


Memang kita perlu berusaha, namun adakah dengan bercouple? Mengapa tidak kita cuba untuk menjadi yang solehah/soleh untuk memperoleh yang soleh/solehah pula? Allah Azza wa Jalla hanya menguji kita sedikit dengan kehidupan setengah insan yang masih tidak bertemu pasangannya kerana terlalu menjaga ikhtilat, menguji kita dengan kisah wanita yang masih dara walau usia makin meningkat kerana tidak bergaya di luar rumah, lantas kita rebah dek ujian yang menimpa kerana rasa takut dan berkehendak pada dunia itu lebih tinggi dari kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana.


"Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya..."

(al-A'raf : 189)


"...Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri..."

(ar-Rum : 21)


Hayatilah sahabat ku yang disayangi. Saya menulis bukan kerana saya lebih pandai atau tidak pernah melakukan kesilapan, namun saya menulis kerana kita adalah saudara sesama Islam, walau kita tidak pernah bersua muka namun jalinan kasih yang telah Rasulullah didik dalam hati kita semua menyebabkan saya terdetik untuk mencoret sesuatu disini.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

(az-zariyat : 55)

Monday, October 11, 2010

Coretan untuk Bakal Isteri



Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak mennyalahi suaminya dengan dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya."


(Riwayat Muslim)





Seorang isteri melihat kebahagian sebagai matlamat unggul dalam kehidupan bekeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seorang suami. Dengan perkataan lain, isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah tangga itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang maksudnya :


"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

(an-Nisa' : 34)





Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata, keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.





Sebagai perkongsian rumah tangga yang dapat dijadikan contoh layarilah blog "Haruman Mawar"





p/s: artikel dari program Fiqh Munakahat "Aku Terima Nikahnya"

Sunday, September 26, 2010

Wasiat-wasiat Jitu Dari Ibu Yang Bijak

Ada sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab, iaitu wasiat Umamah binti Al-Harithuntuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata :

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.

Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.

Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandangmu sesutu yang buruk, dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.

Sentiasalah engkau memeperhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.

Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun hal terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.

Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.

Monday, September 20, 2010

Kaki dan kain kita wahai kaum hawa...

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah ra salah seorang isteri Rasulullah SAW saat ia mendengar suaminya bersabda :

Barangsiapa yang menyeret kainnya kerana sombong, maka Allah tidak akan
memandangnya pada hari qiamat nanti.

Ummu Salamah bertanya : "Bagaimanakah kaum wanita harus berbuat terhadap hujung kainnya?" Rasulullah SAW menjawab :

Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal

Ummu Salamah bertanya lagi : "Bagaimana jika terlihat mata kakinya?" Rasulullah SAW menjawab :

Maka hendaklah mereka menjulurkannya sehasta dan tidak boleh lebih.

Saturday, September 18, 2010

Selamat Kembali...

Salam kemenangan SYAWAL buat semua mahasiswa/i Universiti Malaya...
Diharapkan moga Ramadhan yang berlalu tidak hanya tinggal kenangan tanpa dikutip ibrah dan peringatan darinya. Diharapkan jua, syawal dan bulan-bulan yang mendatang akan kita isi dengan ibadah kepada-Nya...semoga bertemu Ramadhan akan datang.
Selamat kembali semula ke Universiti Malaya dan Selamat Belajar...

Friday, September 17, 2010

Marah menjadi Reda...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Pemuda dan Kanak-kanak

Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.
Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...
Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.
Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;
''how was this student just now?''
Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;
''Fabulous!! ''
Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.
Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)


Moral of the story

1. Senantiasa hiasi diri anda dengan kata-kata yang postitif & senyuman, agar dunia melihat anda senantiasa postif, dan apa yang lebih penting, agar anda lebih positif akan diri anda.
2. ''The Law of Repetition'' merupakan satu hukum alam yang sangat berkesan terutamanya dalam pendidikan kepada anak-anak kecil. Pastikan anak-anak kecil sentiasa bergelumangan dalam suasana yang positif untuk pembesaran yang postif.

Thursday, October 8, 2009

Festival Mahasiswi Universiti Malaya

Sukacita, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya julung-julung kalinya akan mengadakan projek Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) 2009 bermula dengan kempen pada 12 Oktober hingga 17 Oktober 2009 dan forum dan diskusi bermula 16 Oktober hingga 18 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya.

Dengan membawa fokus 'life planning' dan bertemakan 'shaping a meaningful life', FEMINA membariskan ahli panel yang hebat dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing dalam mengupas isu-isu yang bersesuaian dengan tema. Antara tajuk yang akan dibincangkan ialah :

1. Meaning of successful life for woman’

2. `What women needs in life’

3. “Women and Reality of Malaysia

4. “Women Producing Great Generation”

5. What Men Should Know, What Women don’ t Know’


Objektif penganjuran FEMINA ’09 merangkumi dari sudut intelektual, kemahiran, perpaduan dan nilai moral. FEMINA ’09 mendukung tanggungjawab dalam melahirkan individu yang terdiri daripada mahasiswa/i seluruh negara yang memiliki rasa sedar dan cakna kepada realiti semasa, juga menekankan kepentingan merancang kehidupan pada masa hadapan untuk membantu negara terus mencapai kemajuan sejajar dengan seruan kerajaan bersesuaian dengan tema FEMINA `09.

Antara lain, target yang ingin dicapai bagi FEMINA `09 ialah :

  • Resolusi Pertama Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA)
  • Pelancaran MASISNA oleh Y.B Senator Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil
  • Sumbangan dana kepada yayasan kebajikan FEMINA 09

Sehubungan itu, pihak FEMINA 09 telah mensasarkan penglibatan minimum 500 peserta daripada pemuda/i negara yang terdiri daripada mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi Awam/ swasta, pelajar Matrikulasi, dan pelajar STPM.

Pihak FEMINA'09 juga menawarkan RM50 untuk 50 orang yang pertama sekali mendaftar. Sebarang pendaftaran bolehlah hubungi :

Saudari Pengarah, Shahrizul Ayuni 013 635 3936

Saudari Setiausaha, Syakilaisma 019 450 3668

DIWANI 09