Friday, July 31, 2009

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


marwa.jpg

saya amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.

Satu suasana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disenyapkan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

Monday, July 20, 2009

DI MANA MANISNYA MENJADI WANITA??


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga,
semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali,
semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.


Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (Muslim)

Thursday, July 16, 2009

8 RAHSIA KECANTIKAN WANITA

1. Jadikanlah menundukkan pandangan sebagai hiasan mata supaya mata bening dan jernih selama-lamanya.
2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir supaya bibir manis dan memikat hati semua orang.
3. Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu supaya pipi putih dan bersih.
4. Gunakan sabun istighfar yang amat mujarab bagi menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan supaya kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan semua orang.
5. Rawatlah rambut dengan jilbab Islam yang dapat mengelakkan pandangan lelaki supaya rambut kelihatan lebih bermaya dan berseri.
6. Hiasilah kedua-dua tangan dengan gelang tawwaduk dan jemari dengan cincin ukhuwah supaya tangan dan jari kelihatan manis dan cantik.
7. Kalungkan leher dengan kalunng kesucian supaya kelihatan lebih berseri.
8. Bedakkan wajah dengan bedak sejuk wudhuk supaya wajah bercahaya dan anggun walaupun telah mengembara ke alam akhirat.

Wednesday, July 15, 2009

MARUAH & KEWIBAWAAN WANITA


Islam adalah agama yang amat prihatin terhadap maruah dan kewibawaan wanita. Allah dan Rasul meminta umat Islam supaya memelihara dan melindungi wanita sebaik mungkin. Wanita dianggap sebagai makhluk Allah yang perlu dihormati dan dilindungi.

Berdasarkan kepada perspektif begini, maka Islam meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Tugas yang berat begini dipertanggungjawabkan kepada lelaki adalah berdasarkan pada fitrah ciptaan Tuhan. Manusia yang lemah perlu dibantu oleh orang kuat dan berkuasa.

Penyertaan wanita dalam aspek tanggungjawab dan peranan pembangunan ummah dan negara perlu dilihat dalam perspektif kerjasama antara lelaki dan wanita, bukan berlandaskan pada persaingan yang boleh menjurus kepada pertelingkahan gender (jantina) seperti berlaku di Barat.

Peranan dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan oleh setiap individu lelaki dan wanita mesti berlandaskan kepada kebolehan dan keupayaan diri supaya percanggahan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugas tidak wujud dalam negara Islam.

Penyertaan wanita dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab masyarakat dan negara amat dihormati dan dialu-alukan oleh Islam jika mereka mampu dan mempunyai kebolehan setanding dengan lelaki.

Kriteria ini amat penting kerana tugas kemasyarakatan dan kenegaraan adalah bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan, kegigihan, pengorbanan dan kefahaman yang mendalam terhadap tugas dan tanggungjawab.

Kehadiran wanita Islam dalam urusan pemerintahan dan perkhidmatan negara perlu berdasarkan pada peraturan dan disiplin yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Hukum-hakam berkaitan dengan diri dan juga hal ehwal pentadbiran mesti disemat dalam hati nurani supaya kehadiran mereka dalam urusan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak menimbulkan permasalahan yang serius sehingga boleh menjatuhkan maruah dan kewibawaan wanita dalam urusan pentadbiran negara.

Tercemar

Dalam era globalisasi, maruah dan kewibawaan wanita mudah tercemar jika mereka kurang prihatin terhadap konsep hidup Islam yang berlandaskan kepada wahyu. Peristiwa gadis terheret ke lembah dadah dan kejatuhan moral semakin hari kian menular. Peristiwa wanita lacurkan diri dengan tujuan untuk menyara anak-anak yang lapar merupakan salah satu fenomena masyarakat Islam masa kini.

Di negara-negara Islam yang miskin, kegiatan pelacuran dilakukan oleh wanita Islam walaupun perbuatan begini dikutuk dan diharamkan sama sekali oleh Islam. Wujudnya suasana begini adalah akibat daripada kurangnya kesedaran terhadap tanggungjawab hakiki kaum lelaki dalam mengendalikan urusan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Wanita Islam perlu diberi pendidikan tentang hakikat maruah dan kewibawaan diri supaya mereka tahu mengendalikan urusan diri dan kehidupan apabila berada dalam suasana genting.

Lelaki pula perlu dididik supaya menghormati dan belas kasihan kepada wanita seperti dijelaskan oleh Allah dan Rasul. Penghormatan dan belas kasihan kepada wanita bukan berdasarkan kepada hawa nafsu dan kepentingan diri. Ia lebih menjurus kepada pengorbanan dan sumbangan kepada wanita.

Peranan ulama dan cendekiawan Islam dalam pembentukan keperibadian umat Islam dalam era globalisasi adalah amat penting. Kandungan isi-isi ceramah dan tulisan perlu ditumpukan kepada didikan akidah, syariah dan akhlak mengikut perspektif Islam yang lebih luas, bukan berdasarkan kepada perasaan dan pemahaman yang berteraskan kepada adat dan budaya yang bertentangan dengan realiti atau konteks ajaran Islam.

Pandangan yang terlalu liberal sehingga boleh menggugatkan kesucian hukum-hakam perlu ditangkis supaya umat Islam tidak terkeliru dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka sebagai umat Islam yang mendapat keredhaan dari Allah.

Dalam suasana dunia ghairah dengan kecanggihan teknologi, keimanan umat Islam kian hari semakin terhakis kerana pengaruh yang boleh mendorong ke arah hawa nafsu lebih kuat daripada pengaruh yang boleh membimbing mereka ke arah kehidupan murni dan suci.

Mangsa utama dalam mengharungi arus ini ialah kaum wanita. Mereka terheret ke kancah dosa dan maksiat akibat ketipisan keimanan dan kurang kesedaran terhadap kepentingan memelihara maruah dan harga diri.

Apabila wanita telah hilang rasa penghormatan terhadap kewibawaan diri maka corak kehidupan dan nasib mereka tidak ada bezanya dengan wanita-wanita di zaman sebelum Islam. Rasulullah s.a.w. berkorban tenaga, masa dan kepentingan diri dengan tujuan untuk menjulang maruah wanita ke puncak kehormatan secara memperlengkapkan wanita dengan undang-undang dan peraturan diri sebagai panduan untuk mengekalkan maruah dan kewibawaan mereka.

Kini kekayaan dan kemewahan dianggap sebagai matlamat hidup utama. Nilai dan harga diri bukan merupakan perkara terpenting dalam kehidupan bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki. Apabila hati nurani telah tersemat dengan kemewahan dan keghairahan hidup maka perkara yang terkutuk dan haram dijadikan amalan seharian. Oleh itu keturunan dan nasib anak-anak yang dilahirkan bukan merupakan perkara penting yang perlu difikirkan.

Ulama, guru-guru, ibu bapa dan para pemimpin negara perlu memainkan peranan penting bagi mengembalikan kewibawaan umat Islam. Kejatuhan moral dan kewibawaan akibat terlalu ghairah dengan kemewahan dan pangkat bukan sahaja merosakkan struktur sosial masyarakat Islam, malah ia juga boleh mendorong bangsa lain memandang rendah kepada agama Islam.

Monday, July 6, 2009

Pesanan buat adik2 baru

Salam sejahtera semua..

Terima kasih kerana sudi singgah dia teratak HELWA PERMADAH yang tak seberapa ni.. Hari ini, 6 Julai 2009 bermula sesi baru 2009/2010 bagi semua pelajar Universiti Malaya.. Tak kira yang lama, yang baru, yang tua, yang muda.. Asalkan bergelar pelajar UM..

Memandangkan pelajar baru yang perempuan lebih ramai pada sesi kali ini, saya ingin berpesan supaya sentiasa berwaspada dengan apa2 yang mencurigakan. Org perempuan ni fitnah, so kena la pandai jaga diri. Tutup aurat sebagaimana yang Allah perintahkan, jaga pergaulan, jaga akhlak, jaga keselamatan diri dan harta benda. Semua ni utk kepentingan kita di dunia & akhirat.

Perkataan "aurat" berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud "maruah". Bila pikir betul2, jika membuka/mendedahkan aurat, samalah ertinya dengan menghilangkan maruah. Jadi, maruah seorang perempuan adalah seluruh anggotanya kecuali muka & tapak tangan. Pasni pakat2 la tutup aurat neh..

Bagi ibubapa, menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga anak lelaki. Biasanya ibubapa lebih risaukan anak perempuan. Kebimbangan ini disebabkan fenomena sosial kita di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Gejala zina, rogol, bunuh, dan sebagainya sedang bermaharajalela. Remaja sekarang lebih gemar ikut kawan2 & hidup berfoya2. Semua ini secara x langsung adalah mukaddimah kepada gejala yg saya sebutkan tadi..

Sebab itu kita x digalakkan melepak & membuang masa. Elakkan dari terjebak dengan budaya clubbing jugak. UM ni terlalu bebas utk kita keluar masuk pintu pagar utama. Tidak seperti kampus lain yang lebih skema ttg peraturan keluar masuk. Manfaatkan kelonggaran yang diberikan ini utk kebaikan diri sendiri, masyarakat, dan agama.

Diharap semua sahabat2 & adik2 dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada pengajian masing2 sehingga berjaya memperoleh & membawa pulang ijazah di akhir nanti.. Tabahlah menghadapi apa jua cabaran yang mendatang demi sebuah kejayaan yang sgt bermakna buat ibubapa kita.

Jangan duk buang masa dgn perkara2 lagha.. Banyakkan mendekatkan diri kepada Allah dan kuatkan kebergantungan pada-Nya.. Apa gunanya kita sbg hamba-Nya jika semasa susah baru nak cari Dia.. Sedangkan kita lupakan Dia di kala kelapangan. Jika kita ingat pada-Nya di waktu lapang, nescaya dia akan ingat & bantu kita di kala kesempitan & kesusahan..

Sekian sedikit coretan dari saya Fatin Nasibah binti Elias, selaku Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWA) PERMADAH merangkap Timb. Naib Yang Dipertua 1 PERMADAH. Semoga Allah mempertemukan kita di program2 PERMADAH yang akan datang, insyaAllah. Yang terdekat adalah Minggu Pendaftaran Persatuan/Badan Pelajar bermula 21julai hingga 24julai. Meh la daftar PERMADAH beramai-ramai. InsyaAllah lepas tu plak ada Hari Interaksi Permadah pada 25julai.

Wallahua'laam..

DIWANI 09