Friday, September 16, 2011

Refresh!

Assalamu'alaikum...assalamu'alaikum...assalamu'alaikum...

Haaa, baru buka blog!

Ish, ish, ish. Dah bersawang!

MasyaAllah berapa lama tak masuk blog nie?

Hehehehe...

Terlebih dahulu semestinya saya nak ucapkan selamat kembali kepada warga Universiti Malaya untuk sesi baru dan semester yang baru. Namun, rasanye tak terlambat juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya juga, kan.

Permulaan baru harus mempunyai azam yang baru dan InsyaAllah semoga azam kita kali ini lebih baik daripada sebelum ini.

Sebagaimana sahabat Rasulullah dahulu kala sentiasa tidak lupa untuk me'refresh' niat mereka, inikan pula kita yang jauh dari Rasulullah bahkan sunnahnya juga tidak pasti sama ada sudah di amalkan atau belum.

Semestinya, kita masuk ke menara gading ini untuk memperoleh segulung ijazah. Tetapi seharusnya tidak dilupakan ilmu yang itu yang harus kita dambakan baru datangnya ijazah itu. Tetapi di mana akan difahamkan ilmu yang diperolehi jika bukan dengan izin-Nya, maka dekatkan diri dengan-Nya baru ilmu dapat kita amalkan.

Ingat, Allah akan memberi kefahaman kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Jika dikatakan belajar itu tanggungjawab, mendekatkan diri kepada Allah itu terlebih dahulu hadir sebagai tanggungjawab...

Hopefully, mahasiswa/i Universiti Malaya dapat mengimbangi tuntutan dunia dan ukhrawi. Jangan sampai saat kita dikira amal di sana nanti tiada bekalan yang mampu menjadi pelindung kita...na'udzubillah.


No comments:

DIWANI 09