Monday, January 24, 2011

Matlamat kita...^-^

Setelah sekian lamanya saya tidak mencatat sesuatu di ruangan blog HELWA-PERMADAH ini, terasa tanggungjawab yang sedang di galas ini menuntut janji. Saya telah mengabaikan tanggungjawab ini walau mungkin tiada siapa peduli, namun bagaimana jawapan yang harus saya beri saat di soal mengenai segala amanah yang telah ditanggungkan di pundak saya selama ini?

Tiada waktu, sibuk dan ada tanggungjawab lain, bukanlah alasan yang pantas untuk di jawab. Laksanakanlah tanggungjawab yang sudah tersedia diri kita pikul, biarlah kita bersakit kini, namun di sana nanti kita mampu menjawab dan bersaksi atas tanggungjawab ini.

Oleh itu saya teringin sekali berkongsi sebuah cerita...

Ada seorang anak SD ini ditugaskan untuk menghasilkan sebuah lukisan. Teman-teman sekelas nya juga ditugaskan hal yang sama. Lalu mereka mula melukis bermacam-macam lukisan yg lucu sangat tapi anak yg sorang ini terlihat sangat asyik mewarnakan kertas ukuran A3 nya dengan warna hitam, hitam sahaja. Gurunya hairan tapi membiarkan sahaja. Lalu mereka pulang dan harus mengumpulkannya pada minggu hadapan.Si anak ini pulang dan terus melakukan hal yang sama yaitu mewarnakan berkeping-keping kertas A3 dengan warna hitam. Ibu bapanya tambah hairan hingga terpaksa berulang alik membeli kertas dan set crayon yang baru untuk anaknya ini. Tapi hanya crayon hitam saje yang digunakannya. Sehinggalah ibu bapa anak ini menyangka anak ini ada gangguan psikis kerana tidak henti-henti melakukan hal yang sama.. Di bawa ke pakar psikiatri juga si anak ini tetap mewarnai kertas dan semuanya hitam dan sehinggalah kertas yang diwarnai gelap dgn warna hitam pada anak ini berjumlah 400 keping. Tiba-tiba perawat menyedari sesuatu dan mencuba untuk menyambungkan kertas-kertas tadi di ruangan dewan yang luas dan alangkah terkejutnya para ahli psikiatri dan ibu bapa si anak ini yang mana terhasillah seekor ikan paus yg besar seperti saiz aslinya. Waahhhhh semuanya menggelengkan kepala tanda kagum. Si anak tersenyum puas!!!! ^_^

Nampak tak yang si anak tidak berfikir benda yang kecil dan jua tidak berfikir sama seperti rakan-rakan sekelasnya, yg difikirkan anak ini adalah sesuatu yg lebih besar, jauh labih besar!! Dan tidak mempedulikan kata-kata oarng sekeliling yang memandangnya aneh melakukan hal itu. Baginya apa yang dia mahu lakukan selesai hingga hujungnya.

Matlamat kita masih jauh dan matlamat kita sebagai umat Islam bukanlah hanya sekadar kejayaan di dalam pelajaran dan memiliki rumah serta kereta mewah tetapi matlamat kita teramat besar!

Sama-samalah kita menuju matlamat itu bersama tanpa peduli mereka di sekeliling kita yang tidak memahaminya untuk berkata sesuka hati mereka.

No comments:

DIWANI 09