Monday, January 24, 2011
Matlamat kita...^-^
Tiada waktu, sibuk dan ada tanggungjawab lain, bukanlah alasan yang pantas untuk di jawab. Laksanakanlah tanggungjawab yang sudah tersedia diri kita pikul, biarlah kita bersakit kini, namun di sana nanti kita mampu menjawab dan bersaksi atas tanggungjawab ini.
Oleh itu saya teringin sekali berkongsi sebuah cerita...
Ada seorang anak SD ini ditugaskan untuk menghasilkan sebuah lukisan. Teman-teman sekelas nya juga ditugaskan hal yang sama. Lalu mereka mula melukis bermacam-macam lukisan yg lucu sangat tapi anak yg sorang ini terlihat sangat asyik mewarnakan kertas ukuran A3 nya dengan warna hitam, hitam sahaja. Gurunya hairan tapi membiarkan sahaja. Lalu mereka pulang dan harus mengumpulkannya pada minggu hadapan.Si anak ini pulang dan terus melakukan hal yang sama yaitu mewarnakan berkeping-keping kertas A3 dengan warna hitam. Ibu bapanya tambah hairan hingga terpaksa berulang alik membeli kertas dan set crayon yang baru untuk anaknya ini. Tapi hanya crayon hitam saje yang digunakannya. Sehinggalah ibu bapa anak ini menyangka anak ini ada gangguan psikis kerana tidak henti-henti melakukan hal yang sama.. Di bawa ke pakar psikiatri juga si anak ini tetap mewarnai kertas dan semuanya hitam dan sehinggalah kertas yang diwarnai gelap dgn warna hitam pada anak ini berjumlah 400 keping. Tiba-tiba perawat menyedari sesuatu dan mencuba untuk menyambungkan kertas-kertas tadi di ruangan dewan yang luas dan alangkah terkejutnya para ahli psikiatri dan ibu bapa si anak ini yang mana terhasillah seekor ikan paus yg besar seperti saiz aslinya. Waahhhhh semuanya menggelengkan kepala tanda kagum. Si anak tersenyum puas!!!! ^_^
Nampak tak yang si anak tidak berfikir benda yang kecil dan jua tidak berfikir sama seperti rakan-rakan sekelasnya, yg difikirkan anak ini adalah sesuatu yg lebih besar, jauh labih besar!! Dan tidak mempedulikan kata-kata oarng sekeliling yang memandangnya aneh melakukan hal itu. Baginya apa yang dia mahu lakukan selesai hingga hujungnya.
Matlamat kita masih jauh dan matlamat kita sebagai umat Islam bukanlah hanya sekadar kejayaan di dalam pelajaran dan memiliki rumah serta kereta mewah tetapi matlamat kita teramat besar!
Sama-samalah kita menuju matlamat itu bersama tanpa peduli mereka di sekeliling kita yang tidak memahaminya untuk berkata sesuka hati mereka.
Saturday, January 1, 2011
SelamaT keMbaLi mahaSisWa UniveRsiTi maLaYa...
Masa sentiasa berjalan tanpa kita sedar. Sama ada ia berjalan laju atau kita yang berjalan lambat.
Tahun 2010 telah kita tinggalkan tanpa kita dapat berpatah balik. Jendela 2011 telah kita singkap dan harus diteruskan walau susah melangkah.
HELWA PERMADAH ingin mengucapkan selamat kembali ke Universiti Malaya kembali dan selamat berjuang di medan ilmu kembali.
Mulakanlah langkah kita ini bersama di medan ilmu dengan meletakkan matlamat utama kita di hadapan.
“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
(Surah al-Dhariyat 51 : 56)
“Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.”
(Surah al-Baqarah 2 : 30)
Ya! Inilah matlamat kita di atas muka bumi ini. Maka jadikanlah ia goal kita untuk kita mencapai segalanya termasuk dalam urusan pelajaran kita.
Segalanya berlaku dengan kehendak-Nya. Bertawakallah kita hanya pada-Nya, bersangka baiklah kita walau apa takdir yang ditetapkan ke atas kita, bersabarlah dalam menempuh segalanya.
“Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali-Imran 3 : 159)
"Barang siapa yang diingini oleh ALLAH akan kebaikan, maka diujinya dengan musibah."
(hadis sahih riwayat al-Bukhari, Malik dan Ahmad)
SalaM PerJuaNgaN!
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(Ad-Dzariyyat 51 : 55)
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebenciaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.