Saturday, October 23, 2010

Zuhud dia. Zuhud kamu dan zuhud kita, bagaimana?

sujudnya dia pada pencipta kerna mengharap redha-Nya, tangisnya dia bukan saja di mata tapi jua di hati jua kerana rasa kehambaan kepada-Nya.


Hassa Basri ditanya :"Apakah rahsia zuhudmu?"


Dijawab :"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, sebab itu aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatikanku, sebab itu aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian sudah menungguku, sebab itu aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah Azza Wa Jalla"




Thursday, October 14, 2010

AMARAN!!!...Penyakit Paling Bahaya makin menular!!!


Kalam indah sebagai pembuka bicara kali ini, saya mulakan dengan kesyukaran yang tidak terhingga kerana mengizinkan jari jemari ini untuk terus mencatat kata-kata di ruangan entry blog HELWA PERMADAH kali ini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sesungguhnya betapa Allah mengasihi kita sebagai hamba-Nya yang sering khilaf dalam mengambil keputusan dipersimpangan jalan seperti mana Allah telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran:


"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."

(asy-Syams : 8-10)


Tidak dinafikan sebagai seorang manusia, kita sering khilaf dan salah sama ada kita melakukannya secara sedar atau tidak sedar, kerana manusia itu diciptakan lemah. Namun, adakah itu akan menjadi jawapan kepada kesalahan(dosa) yang kita lakukan selama berada di atas dunia ini, yang jua dikatakan sebagai persinggahan sementara kita sebelum menuju alam akhirat kelak.


Wanita


Saya yakin, insyaAllah para pembaca pernah mendengar hadith Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa di akhir zaman nanti, kita sebagai wanita ini merupakan fitnah! Astaghfirullah...moga kita tidak tergolong di dalam lingkup wanita yang membawa fitnah di akhir zaman. Bila akhir zaman itu? Bukankah sekarang ini dikatakan akhir zaman? Berbagai tanda telah dapat kita lihat dan perhati dari semasa ke semasa.


Couple


Penyakit ini semakin merebak dan dikhuatiri akan membawa kepada bilangan maut yang tinggi dan barangkali lebih tinggi dari penyakit-penyakit berdaftar di bahagian berdaftar penyakit sedunia! Sewaktu H1N1 datang melanda Malaysia dan seluruh dunia, kita teramat takut, siap dikuarintin lagi sewaktu berlangsungnya MHS(Minggu Haluan Siswa) bagi mahasiswa/i pengambilan sesi 09/11. Tapi, penyakit yang sudah sedia teruk dan akan ke peringkat parah, tiada yang peduli. Lebih hairan bin pelik bin ajaib, ini antara penyakit yang sangat suka untuk dijangkiti. Mungkin ubatnya lazat dan enak seperti hidangan termahal dunia, barangkali.


Wanita=Couple


Mengapa hanya wanita yang dikaitkan? Ini tidak adil! Jika tidak ingin dipersalahkan mengapa kita jua yang membiarkan diri dijangkiti penyakit tersebut. Sahabat yang disayangi, penulisan saya ini bukan untuk menunding jari atau menuduh sesiapa yang mula-mula menyebarkan virus couple tersebut, sebaliknya saya hanya ingin mengajak sahabat sekalian untuk kembali sedar. Sedar bahawa kita sedang dijangkiti penyakit paling bahaya! Penawarnya ada tetapi tiada siapa mahu sembuh darinya, bahkan rela merelakan diri hanyut dibawa arus dunia couple! Penawarnya bukan dengan terus di dalam arena couple tetapi di dalam kalam Allah, Al-Quran. Berbaliklah pada ajarannya dan kandungannya.


"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa telihat..."

(an-Nur : 30-31)



Jodoh


"perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)..."

(an-Nur : 26)


Memang kita perlu berusaha, namun adakah dengan bercouple? Mengapa tidak kita cuba untuk menjadi yang solehah/soleh untuk memperoleh yang soleh/solehah pula? Allah Azza wa Jalla hanya menguji kita sedikit dengan kehidupan setengah insan yang masih tidak bertemu pasangannya kerana terlalu menjaga ikhtilat, menguji kita dengan kisah wanita yang masih dara walau usia makin meningkat kerana tidak bergaya di luar rumah, lantas kita rebah dek ujian yang menimpa kerana rasa takut dan berkehendak pada dunia itu lebih tinggi dari kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana.


"Dialah yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, agar dia merasa senang kepadanya..."

(al-A'raf : 189)


"...Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri..."

(ar-Rum : 21)


Hayatilah sahabat ku yang disayangi. Saya menulis bukan kerana saya lebih pandai atau tidak pernah melakukan kesilapan, namun saya menulis kerana kita adalah saudara sesama Islam, walau kita tidak pernah bersua muka namun jalinan kasih yang telah Rasulullah didik dalam hati kita semua menyebabkan saya terdetik untuk mencoret sesuatu disini.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

(az-zariyat : 55)

Monday, October 11, 2010

Coretan untuk Bakal Isteri



Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak mennyalahi suaminya dengan dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya."


(Riwayat Muslim)





Seorang isteri melihat kebahagian sebagai matlamat unggul dalam kehidupan bekeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seorang suami. Dengan perkataan lain, isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah tangga itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang maksudnya :


"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

(an-Nisa' : 34)





Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata, keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.





Sebagai perkongsian rumah tangga yang dapat dijadikan contoh layarilah blog "Haruman Mawar"





p/s: artikel dari program Fiqh Munakahat "Aku Terima Nikahnya"

DIWANI 09