Ada sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab, iaitu wasiat Umamah binti Al-Harithuntuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata :
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandangmu sesutu yang buruk, dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
Sentiasalah engkau memeperhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun hal terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
No comments:
Post a Comment