Oleh: Fatin Nasibah binti Elias [link]
Semenjak belakangan ini rata-rata orang bercakap berkenaan hukuman sebat terhadap Kartika. Ada yang sokong, ada yang sangkal. Masing-masing punya alasan mengapa mereka berpendirian sedemikian. Sesetengah orang gembira kerana hukum Islam akan dilaksanakan. Memang betul dalam hudud ada sebat tetapi tidak sama sebat berdasarkan Undang-undang Islam ala Malaysia dengan Undang-undang Hudud. Jadi masih banyak yang perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan hukuman ini. Sedangkan hendak cari tukang sebat pun tidak jumpa-jumpa. Macamana hendak laksanakan sebat atas kesalahan minum arak..
Semua ini bermula dari perkara pokok sebenarnya. Kita perlu kembali kepada Al-Qur'an & As-Sunnah. Kedua-dua ini yang sepatutnya menjadi panduan kita untuk memutuskan sesuatu perkara termasuklah menjatuhkan hukuman. Islam ini datangnya dari Allah, sudah tentu kedua-dua panduan ini cukup untuk kita pegang. Allah sebagai Pencipta, tahu keperluan semua hamba-Nya di dunia. Lihat saja lah analogi kereta. Sebuah kereta diciptakan oleh seorang pencipta. Maka sudah tentu pencipta itu tahu segala kelemahan, kelebihan, keperluan barangan ciptaannya. Kereta memerlukan bateri, petrol, dan sebagainya.
Begitu juga kita hamba yang diciptakan Allah yang telah Allah sediakan Al-Qur'an dan As-Sunnah buat menyuluh jalan di sepanjang hidup. Di dalamnya terdapat syariat-syariat, hukum-hakam, suruhan, larangan, dan sebagainya. Samalah seperti analogi kereta tadi, supaya apa yang diciptakan itu dapat bergerak lancar dan sentiasa selamat. Alangkah ruginya kita sebagai hamba-Nya membiarkan diri hidup dalam kesesatan dengan meninggalkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sudah la tinggalkan perintah Allah, guna acuan barat pula. Memang tidak selamat.
Dari kerana itulah kita wajib memastikan Islam ini tertegak dalam diri kita dan masyarakat sekeliling. Setiap muslim mesti faham segala apa yang Allah syariatkan. Bukan hanya tahu menyokong hukuman sebat ke atas peminum arak. Tetapi mestilah faham pelaksanaan sebat dalam hudud, serta kesan hukuman ke atas pesalah dan masyarakat sekeliling. Bagi saya Undang-undang Islam ala Malaysia tentulah tidak sama dengan hukum Allah yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Jika pada zaman mereka, perompak dipotong tangan tetapi di Malaysia, hukumannya cuma denda. Undang-undang Islam hanya dalam urusan kekeluargaan.
Malaysia mengamalkan undang-undang yang bercampur-aduk, mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Oleh sebab itu, hendak menyebat pun mendatangkan banyak kontroversi. Macam-macam respon yang dapat kita dengar berkenaan isu ini. Hal ini kerana kita semua termasuk pemimpin-pemimpin Malaysia sejak kecil tidak dibiasakan dengan Undang-undang Islam yang sebenar. Menyebabkan kita menjadi ragu-ragu adakah sebatan terhadap Kartika itu akan menyakitkannya ataupun tidak. Sedangkan sekiranya Malaysia mengamalkan Undang-undang Islam sejak dahulu-kala, sudah tentu tiada keraguan akan kesan sebatan itu dan semua orang akan menerimanya. Itulah hukuman yang seadil-adilnya iaitu berlandaskan wahyu Allah. Orang yang teguh iman dan aqidahnya tidak akan ragu-ragu untuk melaksanakan hukum Allah Yang Maha Adil. Semoga kita semua termasuk golongan ini. Teruskan perjuangan sahabat-sahabat!
Fastaqim kama umirta~